SEO tempatan ialah usaha supaya bisnes anda muncul bila orang mencari servis di kawasan tertentu, contohnya "bengkel kereta Klang" atau "salun dekat saya". Senarai semak di bawah boleh anda ikut satu per satu. Tandakan yang sudah siap.
Bahagian A: Google Business Profile
- Tuntut dan sahkan profil anda di Google.
- Guna nama bisnes sebenar. Jangan tambah kata kunci pada nama.
- Pilih kategori utama yang paling spesifik, dan kategori sekunder yang benar-benar berkaitan.
- Isi alamat atau kawasan servis dengan betul.
- Lengkapkan waktu operasi, termasuk waktu khas cuti umum.
- Tambah gambar sebenar: kedai, kerja, produk, pasukan.
- Tulis penerangan yang menyebut servis utama dan kawasan secara semula jadi.
- Masukkan pautan website dan nombor telefon yang betul.
Jika profil tidak muncul, semak 9 sebab Google Business Profile tak muncul.
Bahagian B: Website
- Tajuk halaman mengandungi servis + kawasan, contohnya "Salun Rambut Bangi | Nama Salun".
- Tajuk utama (H1) dan perenggan pertama menyebut servis dan kawasan.
- Senaraikan servis menggunakan perkataan yang pelanggan sebenarnya cari.
- Nama, alamat dan nombor telefon ditulis sama seperti di Google.
- Website mesra telefon dan cepat dibuka.
- Butang WhatsApp dan call mudah ditekan. Lihat cara buat link WhatsApp.
- Peta lokasi atau senarai kawasan servis.
- Daftar Google Search Console dan hantar sitemap.
Bahagian C: Ulasan
- Minta ulasan selepas setiap urusan yang berjaya. Gunakan contoh ayat minta review.
- Balas semua ulasan, termasuk yang negatif, dengan sopan dan profesional.
Bahagian D: Konsistensi di web
- Semak semua tempat bisnes anda disenaraikan: Facebook, Instagram, direktori, marketplace. Pastikan nama, alamat dan nombor sama.
- Kemas kini bila ada perubahan. Pindah kedai atau tukar nombor? Kemas kini di semua tempat pada hari yang sama.
Berapa lama untuk nampak hasil?
SEO tempatan bukan suis on-off. Biasanya ia mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan, bergantung pada persaingan di kawasan anda dan sejauh mana profil anda lengkap. Baca berapa lama website baru muncul di Google untuk penerangan lanjut.
Apa yang tidak patut dilakukan
- Beli ulasan palsu
- Buat beberapa profil untuk lokasi yang sama
- Guna alamat yang bukan lokasi sebenar
- Isi website dengan kata kunci berulang sehingga sukar dibaca
Tindakan begini boleh menyebabkan profil disekat dan sukar dipulihkan.
Mahu kami bantu?
Setiap website Lamanmudah disediakan dengan tajuk, penerangan dan struktur yang mesra SEO tempatan, serta setup Google Search Console. Lihat pakej atau pilih tema.