Bila orang cari "bengkel kereta dekat saya", Google biasanya tunjuk dua perkara: peta dengan beberapa kedai dan senarai website. Bisnes anda boleh muncul di kedua-duanya. Ini caranya.
Langkah 1: Tuntut Google Business Profile anda
Google Business Profile (dulu dikenali sebagai Google My Business) ialah apa yang muncul di Google Maps.
- Pergi ke business.google.com dan log masuk dengan akaun Google bisnes anda.
- Cari nama bisnes anda. Kalau sudah ada, tuntut. Kalau tiada, tambah baru.
- Pilih kategori yang paling tepat (contoh: Plumber, bukan sekadar Service).
- Lengkapkan proses pengesahan yang Google minta.
Tip: pastikan nama, alamat dan nombor telefon ditulis sama tepat di Google, website dan media sosial anda. Maklumat yang konsisten membantu Google percaya bisnes anda sah.
Langkah 2: Lengkapkan profil
- Waktu operasi, termasuk cuti umum
- Kawasan servis (penting untuk servis ke rumah seperti tukang paip dan renovasi)
- Gambar sebenar: kedai, kerja yang siap, pasukan anda
- Pautan website anda
Profil yang lengkap lebih cenderung dipaparkan berbanding profil yang separuh siap.
Langkah 3: Ada website dengan kata kunci + kawasan
Google perlu faham apa yang anda buat dan di mana. Pada website anda:
- Tajuk halaman: contoh "Tukang Paip Shah Alam | Ali Plumbing"
- Tajuk utama (H1): sebut servis dan kawasan
- Perenggan pertama: terangkan servis anda dan kawasan yang anda liputi
- Senarai servis dengan nama yang pelanggan biasa cari (contoh: paip bocor, pasang water heater)
Jangan ulang kata kunci secara berlebihan. Tulis untuk manusia, tapi gunakan perkataan yang manusia itu sendiri taip di Google.
Langkah 4: Daftar Google Search Console
Google Search Console ialah alat percuma daripada Google. Ia beritahu anda sama ada website anda sudah diindeks, perkataan apa yang membawa pelawat, dan jika ada masalah teknikal. Hantar sitemap website anda di sini supaya Google jumpa semua halaman.
Langkah 5: Kumpul ulasan pelanggan
Ulasan di Google Maps sangat mempengaruhi keputusan pelanggan. Selepas kerja siap, hantar pautan ulasan melalui WhatsApp dan minta dengan sopan. Balas setiap ulasan, termasuk yang kurang baik, dengan profesional.
Berapa lama untuk nampak hasil?
Tiada siapa boleh janji kedudukan nombor satu. Selalunya website baru mengambil beberapa minggu untuk mula diindeks, dan kedudukan bertambah baik secara beransur-ansur bila profil lengkap, website jelas dan ulasan bertambah.
Semua website Lamanmudah datang dengan setup SEO asas, Google Search Console dan analitik. Lihat apa yang termasuk dalam pakej.